Monday, January 11, 2010

AutoShow Jasin

Pada 20/12/2009 mypc melaka telah diundang ke majlis pemotoran iaitu auto show yang bertempat di jasin. dan sebanyak 2 buah kenderaan mypc telah mengambil bahagian dalam acara tersebut. Acara tersebut telah di kendalikan oleh abg zam e3. Kita saksi kan sedutan gambar seperti berikut....


ini dia ahli mypc melak antaranya 5zal,adibdan abg zam e3, mereka ini semua sedang menunggu ketibaan rakan2 mypc dari n9
ketibaan rakan2 mypc n9
siap bwk keluarga lagi...
berbincang seketika sebelum menerus kan perjalanan ke jasin
apa2 pun kita bergambar dulu k..
semasa dalam perjalanan ke jasin kenderaan rakan mypc n9 mengalami sedikit masalah...maka sama2 lah tolong menolong ini yang di namakan berat sama di pikul ringan sama dijinjing
" ok standby semua kita pergi makan dulu k"
apa yg di tengok kan tu...
ni tolong ke atau saja nak sibuk je...hahaha
ok stand by jom kita gerak...
ketibaan Kp melaka (kena marah sebab lewat hahaha)
berbaju kemeja kotak itu lah KP melaka (yang heren nya pada 19/12/2009 dia ada kat peneng tapi pada 20/12/2009 dah ada balik kat melaka betul ke KP melaka tu jangan2 dia ada bela hantu kot) memberi kan tanda bagus kepada rakan2 yang menyertai even tersebut...
sebahagian kaum ibu yang turut hadir

ini lah dia kenderaan mypc bahau yang masuk bertanding (dapat no 5 tu tahniah lah bro)
wow enjin kuat ni...takut
humang ai besar nya gigi dia...tak takut dengan abang JPJ ke...huhuhu
ha yang tengah tu lah juru kemera mypc lau tak ada dia tentu tak ada gambar hahaha tahniah lah bro
setelah semua acara selesai kami bergerak ke rumah mypc hafiz di kelebang untuk majlis makan(lapar ke 5zal)
ini lah dia uncle sam drpd n9 betul punya lapar tu...
kaum ibu yang tidak melepaskan peluang untuk makan
oit ingat orang belakang sama hahaha
setelah kenyang kami di hibur kan oleh saudara mypc castello (lupa lak tajuk lagu yang di dendang kan hahaha)
ha ini lah dia (berbaju merah) tuan empunya kereta kuning tersebut....dah menang kena makan banyak jang...hahaha

ha ini pula sedikit sedutan yg sempat di rakam kan
Apa-apa pun kami mengucap kan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberi sokongan kepada event tersebut...ok kita jumpa lagi di event akan datang...

Ketua Perhubungan Negeri Melaka Berada di Penang

pada 19/12/2009 Ketua perhubungan negeri mypc melaka telah menghadiri majlis kenduri kawin ahli mypc peneng iaitu saudara shah peneng majlis telah berlangsung dengan penuh meriah dan gilang-gemilag. Pada majlis tersebut sebanyak 32 buah kenderaan ahli mypc hadir dari seluruh negeri dan memang meriah sungguh. Kami rakan2 di melaka mengucapkan selamat pengantin baru kepada shah peneng semoga kekal hingga ke akhir hayat


Kp melaka (berbaju hijau)bergambar bersama2 rakan2 mypc daripada seluruh tanah air
beramah mesra serta menunggu sebahagian konvoi lagi

bergambar lagi sambil menunggu ketibaan pengantin
ya itu dia pengantin shah peneng
shah peneng memberikan sedikit taklimat berhubung perjalan utk ke rumah beliau
dah sampai pun dan ini lah dia kaum ibu yang turut menghadirkan diri pada majlis tersebut
alah manja nya..jng kena penyakit TB pulak ek lepas ni hahahaha
bagai pinang di belah dua

selepas acara tersebut kami sempat berjalan di sekitar peneng. Apa2 pun rakan2 penang mengan sporting habis lah....dan anda semua menang best lah....sekian.

Sprint TesT Bukit Rambai Melaka

Pada 6/12/2009 2orang ahli mypc melaka telah mengambil bahagian dalma menguji kehebatan jentera masaing dalam acara sprint test yang telah di adakan di bukit rambai. Ketogeri yang di sertai adalah dalam ketegori OPEN TURBO. walaupun kedua-dua jentera mypc kalah tetapi ianya memberikan satu pengalama yang tak dapat di lupakan.

kenderaan mypc yg masuk bertanding


tu dia nadi yang di gunakan oleh salah sebuah kenderaan mypc

ha ini dia otai-otai yang ada pada majlis tersebut


permulaan yg baik...


sekali bersaing dengan satria dah mengikut cerita satria ni dah main sepang huhuhu


jaga2 jang nanti kena langar pulak. hahahaha


permulaan yg penuh bergaya


setelah acara selesai maka makan time pun tiba...hahaha


dan kami juga akan menyertai acara ini di masa akan datang bagi membuktikan kehebatan kenderaan PERDANA. dan kita jumpa lagi di lain masa dan terima kasih buat onaraworks yang terletak di duyong iaitu saudara man duyong dan nakar bengkel terletak di taman tasik utama iaitu saudara azhar kerana telah memberi semangat dan memberi tunjuk ajar serta sponser buat kami dan di masa hadapan kami juga akan kembali mengegarkan litar bukit rambai lagi sekian...... BUKIT RAMBAI KAMI AKAN DATANG KEMBALI

TT DI ALOR GAJAH

Pada 20/12/2009 mypc melaka telah mengadakan TT di alor gajah konvoi bergerak pada jam 11 mlm bermula di MBMB dan terus ke dataran alor gajah konvoi kali ini di sertai oleh rakan mypc daripada central iaitu saudara ann v6. walaupun hujan ia nya tidak mematah kan semangat rakan2 mypc semua untuk berkonvoi ke alor gajah. Berikut beberapa gambar untuk tontonan semua.

seperti biasa acara membaris kan kenderaan di dataran alor gajah (ni kira acara wajib lah ni)


posing2 jng x posing
deretan kenderan ahli mypc melaka
lagi kenderaan ahli mypc melaka
ini lah dia kenderaan milik ahli mypc central saudara ann
aik gambar belakang pun nk amik gak hahaha
amboi mesra nya
saudara ann (berbaju hitam)
apa yg di bualkan tu seronok nampak....

tu dia saudara ann siap tambah 2 pinggan lagi tu...hahahah

ini lah saja buat kali ini dan kita berjumpa lagi ......